Monday, February 27, 2023

9 jenis sayur yang mudah ditanam untuk rumah

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sejak zaman Covid, ramai yang mula menunjukkan minat untuk menanam sayur-sayuran. Tetapi, tidak pasti yang mana yang mudah ditanam lebih-lebih untuk pemula. Jadi, saya akan berikan cadangan beberapa sayur yang mudah ditanam. Walaubagaimana pun, kita tetap perlu menjaganya supaya dapat hasil yang lebih baik.

1. KANGKUNG

  • Kangkung merupakan antara sayur yang menjadi menu pilihan rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi sayur kangkung masak belacan. Memang aummm. Tanam pun mudah sahaja. Hanya perlu tabur dan pastikan sayur tersebut cukup air.
  • Kangkung juga boleh dipetik berulang kali dengan hanya memotong sahaja jika hendak masak dan tidak perlu dicabut.
2. CILI
  • Cili amat mudah ditanam dan hanya perlu 75 hari untuk mula berbuah (bergantung jenis cili).
  • Semaikan biji benih dahulu, apabila sudah bercambah, tunggu keluar 4-6 helai daun. Pindahkah ke dalam tanah atau pasu yang saiznya agak besar.
  • Biji benih daripada cili kering juga boleh digunakan untuk menanam, cuma jenis cilinya agak berbeza.
  • Cili padi pula boleh cuba cili padi kampung atau cili bara
3. TERUNG
  • Terung juga merupakan salah satu sayur yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan pelbagai juadah boleh dilakukan dengan terung.
  • Seperti cili, terung perlu disemai dahulu dan pindahkan apabila sudah cukup tempoh.
  • Buahnya juga tidak banyak songeh dan tidak perlu penjagaan yang rapi.
  • Walaubagaimana pun, semburlah dengan penyembur serangga organik Matado Milagro atau penyembur serangga organik BIO-RID Fara Organic untuk hasil yang lebih berkualiti.
4. TOMATO CERI
  • Tomato ceri lebih mudah ditanam dan menghasilkan buah berbanding tomato biasa. Apa yang penting, tomato sukakan cahaya matahari walaupun tidak mempunyai ruang yang luas. Oleh itu, tomato boleh ditanam di dalam pasu.
5. BENDI
  • Bendi juga antara salah satu sayuran yang mudah tumbuh.
  • Tidak memerlukan penjagaan yang rapi dan tidak memerlukan terlalu banyak air untuk hidup.
  • Seperti biasa, cambahkan dahulu di bekas kecil sebelum ditanam ke bekas yang lebih besar.
6. SAWI PAHIT
  • Sawi pahit amat mudah untuk tumbuh tetapi memerlukan pemerhatian siput. Siput amat menyukai sawi ini. Anda hanya perlu tabur ubat siput sahaja.
  • Selain itu, sawi ini juga sesuai ditanam di kawasan yang panas asalkan mempunyai air yang cukup.
7. BAYAM BRAZIL
  • Sayur bayam brazil merupakan sayur yang baru popular beberapa tahun kebelakang.
  • Anda hanya perlu cucuk-cucuk sahaja sayur tersebut di atas tanah dah taburkan baja kompos. 
  • Insya-Allah dalam masa seminggu, bayam brazil akan membesar dengan baik.
  • Jangan risau jika anda tanam hari ini dan esok layu kerana itu sememangnya proses tanaman keratan batang
8. PAK CHOY
  • Pak Choy merupakan salah satu sayur tanaman yang popular dan kurang pahit
  • Semaikan biji benih pak choy sebelum dipindahkan. Tanam jarak-jarak supaya pak choy dapat membsar dengan selesa.
9.KACANG PANJANG
  • Terdapat pelbagai variasi kacang panjang dan setakat yang saya tahu ada dua jenis iaitu kacang panjang hijau yang selalu dijual di pasar (agak keras, panjang dan tahan lama) dan kacang panjang putih (warnanya hijau cair, tidak sepanjang kacang panjang hijau, lembut kulitnya, tidak tahan lama dan sedap rasanya - manis).
  • Pastikan tanah sentiasa lembab semasa menyemai dan pastikan cukup air semasa kacang panjang membesar. 
  • Sayur ini juga sukakan waktu hujan dan lebih cepat tumbuh.

Senarai bacaan EC meter untuk tanaman hidroponik

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini saya akan kongsikan senarai bacaan untuk mereka yang mahu menanam secara hidroponik

  1. Asparagus 0.8 - 1.8
  2. Basil 1.0 - 1.6
  3. Pak Choy 1.5 - 2.5
  4. Brokoli 2.8 - 3.5
  5. Kobis 2.5 -3.0
  6. Lada Bengala 1.8 - 2.2
  7. Kailan 1.25 - 1.5
  8. Bayam 1.8 - 2.3
  9. Ketumbar 1.0 - 1.6
  10. Mint 2.0 - 2.4
  11. Lemon Balm 1.0 - 1.6
  12. Sage 1.0 - 1.6
  13. Thyme 0.8 - 1.6
  14. Tomato 1.5 - 3.0
  15. Sawi 2.0 - 2.1
  16. Kangkung 2.0 - 2.1
  17. Salad 0.8 -1.2
  18. Daun Sup 1.8 - 2.4
  19. Kacang Panjang 1.8 - 2.2
  20. Terong 2.5 - 3.5
  21. Bendi 2.0 - 2.4
  22. Cili - 3.0 - 3.5
  23. Tembikai 1.5 - 2.4
  24. Rock Melon 2.0 - 2.5
  25. Timun 1.7 - 2.5
  26. Timun Jepun 1.8 - 2.4
Jika nutrien terlalu pekat, tambah air dan jika kurang tepat, tambah baja. Kepekatan nutrien bertambah berdasarkan tumbesaran pokok.

Apakah itu NPK yang ada di atas pek baja?

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, 

Hari ini saya nak kongsikan tentang NPK. Haaa geng kebun mesti selalu jumpa perkataan NPK ini. Jadi apa sebenarnya NPK ini? NPK merujuk kepada singkatan N: Nitrogen, P: Phosphorus dan K: Kalium. 

N: Nitrogen - untuk pertumbuhan daun

P: Phosphorus - untuk akar 

K: Kalium - untuk tumbesaran tanaman

Angka-angka yang terdapat di sebelah huruf-huruf NPK seperti baja kopi NPK 8-8-8 bermakna kuantiti atau jumlah N adalah 8 dan P adalah 8 dan K adalah 8. Maka, baja tersebut merangkumi semua nutrien NPK secara seimbang.

Oleh itu, kita kena tahu tentang NPK supaya kita tahu baja tersebut lebih menjurus ke arah yang mana. Contohnya:

1. Baja Organik ABC (One Punch) buatan Korea.

  • NPK 6-1-1
  • Bermakna baja ini memfokuskan tentang pertumbuhan daun, melebatkan daun, meningkatkan warna, aroma, rasa dan kemanisan daun.
  • Jadi, semuanya tentang daun.
  • Manakala yang lain pula fokusnya hanya sedikit iaitu 1-1 sahaja. Jadi baja ini amat sesuai untuk tanaman berdaun seperti sayur-sayuran berdaun.
  • Beli Sini 
2. Baja Organik EHSAN
  • NPK 3.87% -  7.62% - 5.45%
  • Baja ini melebihkan bahagian P dan diikuti dengan K barulah N. Bermakna baja ini sesuai untuk diletakkan semasa awal penanaman kerana membantu akar > pertumbuhan barulah ke daun. Selain itu, ia juga sesuai diletakkan apabila pokok kurus dan tidak bermaya untuk membantu pokok tersebut cergas semula.
  • Beli Sini
Terdapat banyak baja di pasaran sama ada organik atau kimia. Tetapi, kita mesti lihat NPK untuk mengetahui keperluannya untuk pokok kita.
 
Itu sahaja untuk hari ini, semoga kita berjumpa lagi. 
 
Ikuti perkembangan kami di:
Shopee: butterdaisy_gardening
TikTok: butterdaisytv
You Tube: Butter Daisy TV
Instagram: butterdaisy_gardening

9 jenis sayur yang mudah ditanam untuk rumah

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Sejak zaman Covid, ramai yang mula menunjukkan minat untuk menanam sayur-sayuran. Tetapi, tidak past...